Tuesday, April 23, 2013

Jom Cerahkan Kulit

Assalamualaikum w.b.t.
Hello2x semua...lewatnya tyn update blog malam nie...haha...oleh sebab bosan malam nie, tu la yg merajinkan diri update entry jam2 begini nie...huhu...malam nie tyn nak bagi tips pasal nak cerahkan kulit...tyn rasa ramai yang dah tahu pasal tips nie, tapi tyn nak post jugak...huhuhu...jom tengok makanan yang boleh cerahkan kulit...^_^

1. Yogurt

✿ Yogurt mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit.
Untuk masker- campurkan 2 sudu besar yogurt dengan perahan limau nipis. Adun kedua-duanya hingga rata. Kemudian, sapu ke wajah dan leher korang. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Untuk mencerahkan bahagian lain, tambahkan jumlah yogurt.

2. Betik



✿ Kulit yang kusam boleh menyebabkan warna kulit menjadi gelap dan tidak sekata. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan buah betik. Ia mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati dengan kadar segera. Betik juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida.
Untuk masker- ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan pada wajah dan leher. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih berkesan.

3. Kopi

✿ Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
Untuk masker- campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa. Untuk hasil yang sempurna, lakukannya sekerap yang mungkin.

4.Timun

✿ Sayur jenis ini memiliki kandungan air yang tinggi sekaligus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.
Untuk masker- ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher korang selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.

5. Strawberi

✿ Strawberi kaya dengan vitamin C serta memiliki bahan antioksida yang membantu menyihatkan kulit. Ditambah pula dengan susu yang kaya mineral, terbukti buah ini mampu menyempurnakan kulit korang. Nutrisi yang tinggi menjadi dambaan pengemar rawatan tradisional untuk mendapatkan kulit sihat berseri.
Untuk masker- ambil 5 biji strawberi, kisar dan hancurkan kesemuanya. Campur dengan susu segar secukupnya. Oleskan pada wajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering.

Okey la korang...tu sahaja tips untuk malam nie...jom sama-sama kita amalkan untuk kulit sihat berseri...jumpa lagi ye...bye3x...^_^


1 comment:

  1. baru tau kopi pon boleh cerah kan kulit! nak kena lumur ni! hehe.. :)

    ReplyDelete

 
Welcome To CiK KemBuM DiarY - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.